12 February 2013

Nama syaitan dan tugas mereka.

Tahukah anda bahawa syaitan mempunyai sebuah organisasi elit dan terlatih dalam kumpulan mereka..? Dan, sudah tentulah anda tahu bahawa tugas syaitan ini adalah tidak lain dan tidak bukan ialah menggoda manusia supaya melakukan maksiat. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, syaitan mempunyai organisasi yang lengkap dan teratur. Patutlah kebanyakkan manusia tersungkur dengan godaan mereka. Apatah lagi Iblis, bapa segala syaitan telah diberikan ijazah oleh Allah dalam ilmu menggoda manusia sehingga manusia tidak beriman kepada Allah.

Pada saat ini saya hendak bercerita kepada tuan-tuan dan puan-puan mengenai syaitan dan tugas-tugas mereka dalam menyesatkan dan memporak-perandakan manusia :

Qarin - Mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diredhai Allah.

al Wilhan - Menggoda dan mengganggu manusia sedang wudhuk.

al Hinzab - Mengganggu manusia sedang solat

Thibr - Bertugas khusus untuk membinasakan manusia.

Awar - Menggoda manusia untuk melakukan zina.

Mabsut - Membisikkan manusia supaya berdusta.

Dasim - Bertugas semata-mata menjadikan supaya manusia bersengketa dengan keluarga.

Zalanbur - Bertugas dipasar-pasar membisikkan dan menghasut manusia supaya melakukan penipuan semasa menjual beli.


Itu adalah antara nama-nama syaitan dan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan yang dapat dicatatkan disini.

Pengkhususan ini menjadikan syaitan tersebut begitu mahir dengan tugas mereka dan faham benar akan kelemahan manusia. Semakin tinggi ilmu agama yang dimiiki oleh seseorang manusia itu, semakin tinggi azam dan usaha syaitan bagi membinasakan manusia dengan menghantar bala tentera dan pengikutnya yang setanding atau yang lebih tinggi dari taraf manusia yang hendak dibinasakan itu.

Ada manusia yang menjadikan syaitan itu gurunya. Jadilah syaitan itu bersarang dalam urat darahnya. Ada juga manusia menjadikan syaitan itu hambanya yang mereka sangka bahawa mereka memiliki sesuatu yang luar biasa. Tetapi itu adalah perangkap syaitan bagi menyesatkan manusia. Sehinggakan manusia tidak dapat menggunakan akalnya yang waras dalam mencari dan mengikut kebenaran. Dan akhirnya manusia ini tidak sempat bertaubat dan menjadi rakan syaitan di dunia dan di dalam neraka Allah buat selama-lamanya.

Kita minta dijauhkan oleh Allah akan perkara yang sedemikian.

Tetapi Allah SWT menyebutkan bahawa orang-orang yang ikhlas tidak akan dapat diperdaya oleh Iblis dan tenteranya. Bagi mereka yang beriman, syaitan akan membisikkan was-was, gelisah dan sebagainya. Begitulah hebatnya perancangan dan gerak kerja syaitan yang terus berjalan tanpa henti dan mengira masa sehingga hari kiamat.

Perbanyakkanlah membaca

Kita mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam..

sumber : http://tebumanis78.blogspot.com/2013...as-mereka.html

No comments: