04 February 2013

milik kita belum tentu rezeki kita- Solat Dhuha

masuk hari ni dah bulan ke berapa entah takde job wedding photoshoot. hari tu ada orang booking tapi cancel last minute. atas dasar yang booking tu kawan-kawan, aku takdelah nak berkira. mungkin bukan rezeki aku, mungkin belum sampai lagi rezeki tu kat depan aku. kalau nak tunggu terhidang depan mata memang le tak dapat. untuk mengubat hati yang tak tenteram sebab mengenangkan jumlah pendapatan yang makin sedikit, aku baca al-quran sampai tak sedar air mata ni mengalir.pipi basah dengan air mata. Subhanallah..

semasa pergi ke pesta buku malaysia di PWTC baru-baru ni, aku terpandang buku yang bertajuk 'mudahnya menjemput rezeki' hasil penulisan fathuri salehuddin. aku gapai dan aku hulurkan duit pada juruwang. sampai dirumah terus aku baca sehelai demi sehelai. hasil tulisannya memberangsangkan, memberi inspirasi kemana dan bagaimana untuk terus mencari rezeki supaya ia tak pernah putus.

katanya didalam buku itu untuk menjemput rezeki datang, kita hendaklah menunaikan solat tepat pada waktu, sentiasa bersedekah, melakukan solat sunat dhuha, berdoa, mendoakan orang lain, membaca al-quran, mengamalkan asmaul-husna, bersyukur serta tekun berusaha. ada banyak lagi yang disebutkan tapi terlalu banyak pula nak taip kat sini.cukuplah dengan apa yang aku tuliskan kat sini antara perkara mudah yang kita boleh buat tapi jarang kita nak buat.

antara khafiat sunat dhuha dalam inspirasi menjemput rezeki ini adalah :

-Allah SWT akan mengasihinya.
-dikurniakan kesihatan yang baik.
-para malaikat sentiasa menjaganya.
-rumahnya dikurniakan keberkatan.
-pada wajahnya terzahir Nur orang yang soleh.
-hatinya lembut.
-melintas titian sirat sepantas kilat.
-terselamat daripada azab api neraka.

hebatnya ganjaran yang menanti orang yang menunaikan solat.

bilakah waktu solat sunat Dhuha?waktunya adalah selepas terbit matahari sekadar segalah(kira-kira 25 minit selepas terbit matahari). Dan tempohnya berakhir sebelum zuhur. mari kita perhatikan doa solat Dhuha :

"ya, allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan itu kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu, perlindungan-Mu.ya, Allah, jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada dibumi, keluarkanlah.jika sukar mudahkanlah,jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu,limpahkanlah kepada kami segala yang Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.".

suatu hari semasa sedang makan di sebuah kedai, seekor kucing datang mengiau-ngiau disisi aku. keadaan ia mengiau begitu bersungguh-sungguh, malah suatu ketika ia melompat ke atas meja. melihat kucing itu hati aku tersentuh. kucing ini sangat lapar,barangkali. lalu aku ambil sedikit lauk yang ada dan menghulurkan kepada kucing tu. kejadian ni membuatkan aku terfikir, kenapa kucing ni datang ke meja aku, bukan meja orang lain?

aku datang ke kedai makan ni, mengambil makanan dan membayarnya dengan duit aku. oleh itu aku boleh kata makanan dalam pinggan ni milik aku. itu kata aku, hakikatnya milik aku bukannya semua rezeki aku. rupa-rupanya sebahagiannya adalah rezeki kucing tadi.

kendian aku melihat pulak pada saki-baki makanan atas pinggan. ada tulang, ada sayur yang berbaki.sekali lagi ia akan jadi rezeki makhluk lain.rezeki sang semut dan lipas. malah mungkin ada makhluk yang kita tak nampak iaitu jin pulun saki-baki makanan tadi. tulang-tulang adalah makanan jin. sekali lagi, milik kita bukan semuanya rezeki kita.

apa yang kita dapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain. padanya terdapat rezeki orang yang kita kenal, juga rezeki orang yang kita tak kenal. kita akan mengetahuinya apabila milik kita tu habis dimanfaatkan.

berbalik pada wedding job yang orang cancel last minute tu. kalau nak diikutkan hati memang la aku kecik hati. tapi nak buat macam mana, lumrah la hidup kalau berniaga memang ada pasang surut. senang je, sekarang ni kalau ada rezeki untuk aku sekeluarga, maka ada la..kalau takde aku anggapkan itu bukan rezeki aku. smile always.. :) ngeeee...


kredit to : fathuri salehuddin ~ terima kasih kerana buku tulisan anda memberikan saya inspirasi yang hebat mengenai rezeki.
(sebahagian daripada penulisan ini, ditaip semula oleh saya supaya mesej dari dalam buku jelas untuk disampaikan kepada umum) :)

2 comments:

deanzofq said...

ingatkan fahul bari td. :) takpela long. :) i'Allah ada job yang akan menyusul.

samad derhaka said...

haha..fathul bari..?takde laa..buku ni best.. insyaallah, ada la tu job lain rezeki untuk adik kepada Harith ni..