07 February 2013

sedekah = rezeki berganda


Ini kisah tentang sedekah. apa yang aku nak ceritakan kat sini semuanya berlaku pada diri aku sendiri. dalam 3 hari yang lepas semasa aku dalam perjalanan balik ke rumah. nak ke stesen LRT Bandaraya, aku lalu ikut Sogo. masa lalu kat jejantas kelihatan seorang lelaki buta yang aku jangkakan umurnya dalam lingkungan 50-an. Diatas ribanya pula ada sebekas bakul yang diisi dengan tisu. agak banyak jugak la tisu yang aku agak harganya dalam rm 0.30 sen tu. Kalau nak diikutkan logik akal cikedukedu aku, aku bukannya nak pakai pun tisu tu. muka aku bukannya jenis berminyak sampai berkilat-kilat. tapi hati aku jadi sayu bila tengok orang tua yang dah separuh abad duduk di kaki lima dengan keadaan buta tu. Terbayang pulak aku jika orang tua yang buta itu adalah ayah aku, ataupun bapa saudara aku, ataupun pakcik aku yang mana ada bau-bau bacang sekalipun dengan aku. hakikatnya, kita ni makhluk tuhan takkan selalu berada di atas. aku berkias ni, kalau korang tak faham silalah rujuk pada insan yang lebih memahami bahasa-bahasa kiasan ni.

Aku perhatikan lama ke wajahnya mengharapkan agar dia perasan aku ada kat depan dia, tengah dok tenung dia. sebenarnya aku dok depan dia sebab nak test dia, manalah tahu kalau-kalau dia berlakon macam orang buta. Tapi, aku silap. Manusia separuh abad yang sedang duduk atas kerusi depan aku ni memang benar-benar orang buta. Makin sayu bila melihatkan dia berzikir walaupun sedang menjual tisu sambil menerima sumbangan sedekah orang yang lalu lalang kat kawasan tu. Dia berzikir sambil duduk macam tu, biarpun suaranya agak perlahan tapi kedengaran jelas zikir memuji kebesaran illahi.

aku tak perasan entah berapa lama aku duduk kat situ memerhatikan orang tua buta tu. Terdetik dalam hati nak bersedekah pada orang tua tu. nak kata bagi banyak tu tidaklah, jadi yang ada dalam poket cuma beberapa ringgit, aku pegang tangan pakcik buta tu dan aku lafazkan akad.

"pakcik,ambiklah duit ni. Saya ikhlas.."

Kata-kata aku mati kat situ dan dalam hati aku niatkan supaya pahala sedekah tu aku hadiahkan buat arwah sanak saudara, para kengkawan dan semua muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup ataupun dah takde lagi dalam dunia ni.
duit tu dah beberapa hari ada dalam poket seluar aku ni. Dan, tak terlintas sikit pun aku nak gunakan pada hari tu. Hari tu entah kenapa ringan je tangan aku nak serahkan duit tu pada pakcik buta tu. memang rezeki dia. aku tersenyum. Alhamdulillah, hari tu aku dah bantu orang.

Teringat aku akan suatu kisah yang mana sedekahnya digandakan dengan balasan berganda dari apa yang disedekahkan. matematik makhluk sangat berbeza dengan matematik Allah SWT. Allah berjanji, sedekah adalah asbab suburnya harta. Malah sedekah juga boleh menghindarkan bala. Logik akal mengatakan sepuluh tolak satu sama dengan sembilan. namun apabila kita bersedekah kerana Allah, sepuluh tolak satu sama dengan sembilan belas. Itulah janji Allah, yang mana Dia akan menggandakan sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda. Sekali lagi aku mengukir senyum. Jauh dilubuk hati aku sangat yakin dengan janji Allah. Allah telah membuktikan janji-janji-Nya kepada aku berulang-ulang kali. Janji Allah SWT adalah benar.

Keesokkan harinya sedang aku memandikan putera aku yang bernama Harith, tiba-tiba ada panggilan telefon. Aku tak dapat nak jawab, jadi aku minta tolong kepada isteri aku untuk menyambut panggilan telefon tu. Harith kalau dah dapat main air, asyik nak menyelam je walaupun bathtub tu kecil. Rumah aku mana ada bathtub besar macam kat hotel tu.ini cuma bathtub bayi je yang aku guna dari Harith lahir sampai la sekarang, kalau Harith dapat adik tahun ni tak payah beli bathtub lagi..jimat!haha..

okey..okey berbalik pada cerita aku tadi, masa aku tengah khusyuk layan Harith mandi dalam 'kolam' dia. Tiba-tiba isteri aku berlari menuju ke bilik air tempat aku dengan Harith tengah bersiram. Dia kata,

"Abi, Miss Hiew called tadi. Dia ada kat depan pagar rumah kita nak bagi limau mandarin sekotak.."

Pada masa tu terus aku teringatkan sedekah semalam. Rezeki seringgit yang disedekahkan kepada pakcik buta kat jejantas menghala ke stesen LRT semalam dibalas dengan berlipat ganda oleh Allah SWT. Benar, hanya dalam tempoh 24 jam.

aku cakap kat isteri aku,

"Alhamdulillah, rezeki..ada wish happy chinese new year tak pada Miss hiew..?"

"Ada..", terang isteri aku lagi.

Aku tersenyum sambil memandang isteriku dan Harith yang tengah leka dengan buih sabun yang bertaburan dalam bathtub. Sambil tu aku ungkapkan satu ungkapan khas untuk isteri tersayang,

"i love you so much from deep of my heart." Kemudian, aku ungkapkan pula kata-kata kepada si Harith,

"abah sayang sangat anak abah ni..", Harith tersengih nampak gigi kapak seolah macam faham apa yang aku cakap.

isteri aku tersenyum kemudian berkata,

"abah kena sayang sekali dengan anak abah yang ada kat dalam perut ummi ni...", senyuman dia makin lebar.

Berita gembira yang mengejutkan aku. Alhamdulillah, rezeki itu kian bertambah dari hanya dengan melakukan sedekah. Sungguh besar rahmat-Mu. Jadi kepada kawan-kawan yang mahukan rezeki anda bertambah, melimpah-ruah perbanyakkanlah sedekah. Sedekahlah dengan seikhlas hati, insyaallah berlipat ganda ganjarannya nanti.

kredit to : Fathuri Salehuddin kerana buku penulisan beliau yang memberi inspirasi mengenai rezeki Allah SWT. pinjam ayat beliau sket..


No comments: