16 December 2012

home sweet home

It was 6 in the evening. I try to squeeze out of the traffic jam and rush to get my son. 10 minutes after, there he is, enjoying himself in fresh splashing bath tub. “Your son fought with Ecah. He knock her head with tv remote”. “Oh! So how was she?” I’m not that surprise actually. “Trauma..” says aunty Moon, who look after my son when I am at college.

6.50pm: I reach home. The day is getting dark. I quickly run to the kitchen to prepare dinner. I start searching from my fridge and there was only a cucumber and few pieces of salted fish. So, menu for tonight is salted fish salad. My recipe is cook without recipe. Yet, no one ever complained.

Having dinner with 1 year old Harris is a challenge even he is in the baby seat. When he start kicking the table, I get him out and….play time! It already ten when the boy get into sleep. And I try to continue my dinner. Dinner at ten? Yes. Why not. And a cup of coffee to help me stay up for assignments. Plus homework. Assignment and homework is different isn’t it? Yes it is. But assignment is more prior since we are assessed through assignment. Home work is extra work for me. But still have to be done no matter what. What must have home work? That’s the system. Malaysian’s system that need me to do bunch of assignments and homework by neglecting the proper time frame. Meaning, the system want me to finish up all the assignment without considering the quality. Why I said so? Because the system said so. We have one whole semester full with assignments and at the same time we need to ensure our selves are prepare for the exam. How can I? I even struggle to finish those assignments, and the system want me to study for exam? Yes you must or the system will eliminate you from the system.

After two hours working for the assignments, my baby cry. Time for milk. Every two hours and every one hour from four to six. It take about half an hour to breastfeed the baby. Then I continue with the assignments. I have about for hours before need to get to the kitchen to prepare porridge for Harris and get myself ready for college at six every morning. I do as what is relevant to my ‘ding dong’ brain. Come on, I haven’t get my sleep. It is normal. That why I keep waiting for Saturday because that’s the only day I sleep well and get the feeling to be human. Due to this, I spend amounts of my little pocket money for medicine. We are only human, even we are doing things none stop like an angle.

Fifteen minutes pass four. I am rushing to finish my last line of very poor quality assignment when I heard something in front of my house. People do work at this time. During the full moon. Here the robbery case is quite often heard. It’s a non-local target area to get extra income. I have once woke up at night and saw someone walking along the roof after doing job and someone’s house, and few more someone chasing for him. Pheww…luckily that someone not doing job at my house. There are few trials but they failed to get in, that’s why I am lucky.

I slowly get myself as close as I can to the sliding door to have a look of what going on in front of the house. Who is that searching things in my recycle container at the car porch? Its Luna, my neighbour’s pet. She must be very hungry. Since Puan Mariam pass away, the cat survive on its own. i quickly get the Friskies for her.

At six, everything done. And another hectic day to go through. The homework will be continue once I reach college. The narrative writing that only few more of us haven’t pass up. The lecturers are human. But do they that human we don’t know. So better do what they asked for.

It easier to satisfied our Lord then the humans. Especially lectures and parents. Back to back, it is the system.

the end.



12 December 2012

hormon cikedukedu

Peh,rasanya macam lama sangat tak update blog yang merapu ni. Hi hi hi..
Hari ni semangat aku berkobar-kobar nak ke tempat kerja. Semangat yang lain dari hari-hari sebelum ni. Betapa awalnya aku bangun, betapa constant nya aku memandu dan betapa patuhnya aku pada undang-undang jalan raya(yang mana sebelum ni aku cukup hilang sabar bila ada kete lain ajak aku race kat highway)..ha ha ha..
Dan, hari ini bukanlah hari yang istimewa sangat pun tapi aku tak tahu kenapa aku rasa cukup bersemangat untuk melangkah ke tempat kerja.dan aku masih tertanya-tanya mungkinkah semangat ini tadi kian membara apabila melihat wajah isteri dan anakanda yang sedang nyenyak tidur membuatkan satu perasaan rasa tanggungjawab yang maha berat terpikul atas bahu lalu membuatkan paras hormon cikedukedu aku meningkat ke tahap yang membataskan aura seorang adiwira bernama ironman.
Dalam perjalanan ke office tadi, aku terasa bagai banyak pasang mata memandang aku. Mungkin perasaan aku aje sebab untuk pertama kalinya aku melangkah di waktu pagi untuk pergi kerja dengan memakai selipar sebelah lain dan sebelah lagi selipar lain. Tapi itu bukan masalah besar bagi aku sebab sebelum ni aku pernah menghadapi saat yang paling tak best daripada memakai selipar lain-lain sebelah ni.hu hu hu.
Berbalik kepada semangat berkobar-kobar nak dating ke tempat kerja hari ni, kawan aku kata kalau pergi ke suatu tempat dengan semangat berkobar-kobar disusuli dengan keyakinan yang jitu-jitu gitu segala kerja tu akan mendatangkan hasil. Ini yang tengah aku buat sekarang ni. Tapi aku tak tahulah nanti, namun sedikit sebanyak jika difikirkan secara psychology aku tak ada sifat menyembunyi atau hipokrit tentang diri aku, itulah yang benar-benar aku harapkan.
Sampai kat office agak awal dari biasa. Buka je pintu office aku tengok office aku terang benderang dengan cahaya lampu pendarflour PHILIPS 16W menerjah ke alam mata. Semangat aku makin menebal, makin kuat rasanya hati ni nak bekerja dan terus menabur jasa kepada rakyat.
Dengan senyuman yang lebar, aku switch ON komputer..aku sabar menanti komputer aku beroperasi. Aku tengok pada desktop komputer tertera wajah anakanda, pergghhh..makin bersemangat aku nak mencari rezeki demi keluarga yang tercinta. Lalu aku gerakkan mouse ke kiri dan ke kanan mencari browser google chrome pada desktop lalu aku klik dengan penuh keyakinan. KLIk!KLIK!
Browser google chrome sedang beroperasi..aku tunggu…aku tunggu dengan penuh rasa hormat dan bersemangat…
Kini dah hampir 15 minit aku tunggu tapi browser google masih lagi mencari..aku masih lagi tersenyum tapi dah tak Nampak gigi macam awal-awal tadi. Setengah jam berlalu, dari google aku klik pulak ke internet explorer, hasil natijahnya tetap sama. Loading lama…..kesabaran aku mula teruji, senyuman aku yang meleret tadi dah bertukar menjadi senyuman mencirit. Semangat aku yang tadinya berkobar-kobar dah mula jadi suam-suam gebar.
Aku mula gelisah, aku mula pasrah kerana apa yang harapkan, apa yang aku rancangkan untuk kerja hari ni semuanya terbantut. Daripada ayat-ayat pujian perrrgghhhh kini apa yang keluar dari mulut aku cuma eerrgghhhhhh..

“krrriiingggg…krrringggg….”,telefon pejabat aku berdering



“nan, internet tak boleh masuk kan..?”, suara seorang sahabat dari tingkat 29.

“la ye ker internet tak leh masuk?adoooiiii…”, aku mengeluh sebab dari tadi aku try-try tak boleh launch internet.

“hoh laaa….moh naik tingkat 29 ni, main PS2 PES 2012.. dok depan komputer bukan boleh buat kerja pun..meh laa..ramai dah tunggu ko ni….”,ayat pancing dari dia nak ajak bertarung.

Kini aku mula kembali bersemangat. Bukan semangat nak bekerja tapi aku makin bersemangat nak main PS2 game bola sepak . Semoga perjuangan aku hari ni diberkati..amin… hi hi hi

25 November 2012

brick game yang aku suka..

korang yang lahir tahun 80-an konfem penah main brick game kan..?Brick Game adalah nama sejenis permainan video mudah alih (menggunakan bateri) yang digemari ramai di Malaysia pada sekitar awal 1990-an. Permainan tersebut dengan nama asalnya Tetris telah lebih dulu popular kepada pengguna komputer di mana ia dimainkan melalui penggunaan cakera liut bersaiz 5.25 inci yang perlu dimasukkan ke dalam sistem komputer. Format permainan asal sebegitu mungkin hanya digemari oleh pengguna komputer yang mahir.


Peminat permainan video di Malaysia pula lebih awal mengenali permainan Tetris pada hujung 1980-an melalui mesin permainan video bersaiz besar yang hanya terdapat di pusat permainan video, di mana setiap mesin perlu dimasukkan wang syiling 20 sen sebelum ia boleh digunakan. Apabila format permainan mudah alih Brick Game pula muncul di pasaran, ia berjaya mendapat perhatian ramai dalam waktu yang singkat. Peraturan permainannya yang sangat mudah untuk difahami dan dikawal menyebabkannya mendapat perhatian daripada semua golongan masyarakat, tidak kira orang tua atau muda.

Permainan video mudah alih tersebut juga dijual dengan murah di merata tempat termasuk di pasar malam. Mendapat blok panjang yang mampu memadamkan 4 baris blok sekaligus merupakan suatu kepuasan ketika itu, apatah lagi apabila blok panjang muncul berturut-turut apabila anda begitu memerlukannya.


dah lama rasanya aku tak nampak budak-budak sekarang main brick game setelah lahirnya permainan baru macam PS2, PS3 dan permainan komputer macam DIABLO tu...aku rindukan zaman-zaman aku masa kecik-kecik dulu.....

26 May 2012

selamat hari juruteknik

kita seringkali mendengar ucapan penghargaan seperti " selamat hari guru ", "selamat hari jururawat", dan bermacam-macam selamat lagilah yang kalau nak di key in kan kat sini memang berlambak. Juruteknik adalah anggota sokongan yang amat-amat diperlukan dalam bidang industri negara kita,kalau takde juruteknik, produktiviti negara tak membangun. Jadi apalah salahnya kalau diberikan satu hari penghargaan kepada semua juruteknik dalam dunia ni dan dalam malaysia ni secara amnya macam yang diberikan kepada guru-guru dan jururawat..

tak kisah la juruteknik tu keje dalam bidang swasta ke, kerajaan ke, badan berkanun ke...asalkan nama juruteknik semuanya adalah pemangkin industri negara.

20 May 2012

from caretaker to history maker


CHELSEA muncul juara kejohanan Liga Juara-juara dengan menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi tendangan penalti.Juara ditentukan menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 120 minit perlawanan.Dalam perlawanan penuh dramatik, yang berlangsung di tempat sendiri - di Munich, Jerman, Bayern Munich kelihatan hampir menjuarai kejohanan apabila Thomas Mueller menjaringkan gol pada minit ke-83.Bagaimanapun permainan diteruskan ke masa tambahan ekoran gol Didier Drogba pada minit ke-88 dan Chelsea dari England muncul juara.

Pada mulanya aku sendiri tak yakin yang Chelsea menang malam tu sebab bila team bayern munich mula 'score' pada minit ke-83 tu seolah-olah pintu untuk bergelar juara UCL tu dah tertutup. Aku pun dengan kecewa dan sedihnya terus off kan media tontonan bola sepak tu dan terus berdoa supaya drogba dapat menjaringkan gol penting bagi mengikat kedudukan supaya permainan dapat dibawa ke masa tambahan. Akhirnya, aku terlelap disamping isteri dan anak tersayang.

Dalam tidur masa tu aku termimpi yang mengatakan Chelsea menang 4-2 dengan bayern munich. aku terus tersedar dan bangun dari tidur. Aku perhatikan tepat ke wajah anak aku, kemudian aku renung wajah isteri aku yang sedang nyenyak tidur. Aku tengok jam dah pukul 6.45 pagi, aku terus bangun menuju je bilik air untuk berwuduk dan seterusnya menunaikan solat subuh. Selesai solat,aku kejutkan isteri aku untuk solat subuh. Sedang isteri aku solat subuh, aku bergilir jaga anak aku yang nyenyak tidur berdengkur.heh..
sedang dia berdengkur, aku oN laptop nak melihat apa keputusan game antara bayern munich dengan chelsea malam tadi.
bila melihatkan keputusan tu aku rasa agak terkejut sebab diberitakan yang chelsea menang game tersebut dengan sepakan penalti 4-3. dan, gol penyamaan chelsea di'hadiahkan' oleh didier drogba pada minit ke-88. dan sepakan penalti yang diambil oleh arjen robben dapat diselamatkan oleh petr cecH sekaligus mematikan moral pasukan bayern munich.mungkin itu sepakan penalti terakhir yang diambil oleh Robben.hahahahaaaaaa...

Biar apa pun skrip kat atas padang, biarpun pasukan bayern munich dilanda kekecewaan besar dalam sejarah mereka tapi pada pandangan aku game ini adalah game yang terbaik. biarpun satu pasukan dengan corak menyerang, satu pasukan lagi dengan gaya taktikal bertahan tetapi kedua-duanya pun mengamalkan formation yang sama 4-5-1. Tahniah buat juara dan naib juara Ueropean Champion League.

Kejayaan sulung Chelsea di pentas eropah ni seharusnya diberikan sekalung ucapan tahniah besar-besaran kepada Roberto Di matteo sebenarnya kerana berjaya mengemudi skuad yang pada awalnya timbul tenggelam kepada pasukan yang berjaya menjulang trophy dan memagut hadiah termahal dalam sejarah bola sepak eropah.From caretaker to history-maker, Di Matteo's Champions League miracle seals legend but not necessarily the Chelsea hot-seat.....









19 May 2012

UCL final bayern munich vs chelsea

malam ni adalah malam final buat 2 game yang berbeza. satu game beraksi kat pentas asia,satu game lagi bakal beraksi di pentas benua eropah. dua-dua pun game bola sepak yang mana mempunyai peminat dari seluruh pelusuk benua dunia. kalau korang pegi mana-mana ceruk dalam dunia ni semua orang pun kenal apa itu bola sepak ( kecuali kaum ya'juj ma'juj la ~ seperti yang tertulis dalam al-quran kaum ni kaum pemusnah dan diorang tak tau apa itu bola sepak ~ harap maklum ).seperti juga kaki bola yang lain, aku menantikan game-game malam ni penuh rasa teruja biarpun hanya menonton dalam kaca televisyen tapi debaran tu tetap berkumandang dalam dada ni.DUB!DAB!DUB!DAB! dada berkocak..( kalau dada pompuan yang berkocak lagi best!) ~ maaf,tersasar..hahaaaa...

malam ni malam penentu, malam ni bakal jadi malam kutukan atau malam pujian buat team-team yang terlibat. fikiran aku lebih tertumpu kepada game di pentas eropah yang mempertemukan team bayern munich yang menanti kunjungan team chelsea kat germany. pertemuan ni bakal memberikan impak yang besar kepada chelsea sebab kalau team chelsea ni menang maka diorang akan menjadi juara buat kali pertama di pentas kelab elit eropah yang manasebelum ni sering didominasi oleh barcelona, real madrid, liverpool dan manchester united. Biarpun digelar pasukan bukan pilihan untuk menang, tapi tak mustahil kalau tiba-tiba team yang bermain corak bertahan ni boleh mengejutkan team hebat seperti bayern munich di tempat sendiri.




kalau tengok pada tactical dua-dua team ni, rasanya dua-dua team pun mengamalkan corak bertahan dengan counter attack dimana pada kedua-dua team ni mempunyai midfielder yang 'kuat' pada semua posisi. dengan adanya arjen robben, ribery, kroos dalam bayern munich dan dalam pasukan chelsea pulak mereka ada pemain berpengalaman luas tapi mempunyai larian yang agak perlahan, kalou dan juan mata masing-masing mempunyai karakter yang berbeza dalam pasukan. aku rasa ada can chelsea leh menang malam ni( walaupun tahu sangat-sangat yang harapan nak menang tu cuma 40% je )..semua orang kena faham, kalah menang adalah adat bertanding.. :)

ibarat seperti bulu hidung tanpa hidung



Hidup tanpa ilmu adalah ibarat seperti bulu hidung tanpa hidung, justeru itu amat penting bagi orang macam saya, macam cik adik tu, macam encik-encik dan tuan puan sekalian untuk mencari ilmu walau dimana pun kita berada. Ilmu yang bermanfaat membawa ke syurga,tuan-tuan….

Ilmu yang bermanfaat bagus kalau kita ajarkan kepada orang lain yang mana pahalanya kita akan dapat berterusan walaupun kita dah mati. Tapi kalau ilmu yang membawa kerosakan keatas diri orang lain atau membawa kemusnahan kepada sesebuah tamadun, tak payah la kita ajarkan kepada orang lain.

Kerana setiap kali kita mengajar ilmu yang tak elok tu dan jika ilmu yang tak elok tu diperaktikkan pula oleh orang yang kita ajar tu maka dosa yang berlaku walau sekecil zarah hingga sebesar bangunan burj dubai pun tetap akan dihitungkan dimasa hari akhirat kelak.saham mengajar ilmu yang salah, akan sentiasa bergerak menuju ke kubur si pengajar (kalau dia dah mati).

Hati aku sentiasa tergerak dan terdorong nak sambung pengajian yang tertangguh. Tapi,semua aku kena ‘tahan’ dulu sebab ada ‘halangan’ walaupun tak sebesar mana tapi ia mungkin akan memberikan effect jangka masa pendek. Teringin sangat nak sambung belajar macam orang lain yang dah ada diploma, ijazah, wat master…sampai bila aku nak ada kat sini je…?pertanyaan tu sentiasa je ada tertanam dalam benak fikiran aku yang semakin lama semakin tumpul sebab tak digunakan sepenuhnya dengan bidang penguasaan ilmu yang bermanfaat.

Masa peluang tu datang, aku tak grab betul-betul…bila peluang tu dah pergi baru aku terhegeh-hegeh nak kejar dia balik..ya,Allah, hamba-Mu ini sentiasa berada dalam kerugian..berikanlah hamba-Mu ini kerahmatan dan rezeki yang melimpahruah wahai tuhan sekalian alam…hamba-Mu ini sentiasa berada dalam permainan musuhnya yang nyata tapi hamba-Mu ini memohon kepada Kau supaya diberikan kekuatan iman dan ihsan dalam mengharungi hidupnya yang tak berapa panjang lagi ni, Ya Allah……………..

11 May 2012

eksperimen terhadap residentasi

aku takleh nak fokus dengan membaca senaskhah fail tebal yang patut aku khatam membacanya sebelum hari rabu 16 may 2012 ni.tak boleh nak fokus lagi sebab sekarang kefokusan aku tertumpu kepada anak aku yang tengah demam.segala apa yang dia nak aku layan kan aje.nak berdukung je sampai 1jam itu memang memenatkan sebab badan dia tak selesa,tapi aku layan kan aje supaya dia tak terus meragam.lau tak memang aku biar je dia main sambil merangkak dan kekadang meniti tepi dinding nak berjalan bertatih.

dokumen yang nak dibaca..

setebal ini nak dibaca semua..

bila otak tak boleh nak fokus aku mula la nak merapu, dalam otak aku ligat keluar macam-macam idea nak diterjemahkan dalam bentuk media yang berasaskan pen pilot 0.3,marker pen,pembaris dan tracing paper.macam-macam yang terlintas..nak lukis pasal hantu jepun la,nak lukis pasal volkswagon kuning la, nak buat cerita pasal budak sekolah la..yang rata-ratanya memerlukan komitmen yang amat tinggi serta kosentrasi yang maha hebat untuk ditonjolkan dalam media aku kali ni.

dalam keadaan macam ni entah macam mana plak aku boleh ter'open' thumb drive kaler pepel ni.bila dibuka aku tengok ada banyak gambar-gambar lukisan aku dulu yang mana stroke lukisan yang ntahapahapantah.stroke masa tahun 1999 yang mana pada masa tu aku amat suka sangat lukis manusia dengan jari 4 disamping gambar dinosour disebabkan terpengaruh dengan cerita power rangers edisi pertama dulu-dulu.

kemudian eksperimen aku diteruskan lagi pada tahun 2000,dimana pada tahun tu cerita blues untuk aku tengah 'meletop' karya AiE.yang mana jalan penceritaannya berbeza dengan banyak-banyak komik yang aku penah baca.pada masa tu aku tak tahu pun istilah novel grafik. tapi sebenarnya pada masa tu novel grafik blues untuk aku tu la yang membuka mata banyak pihak tentang penulisan novel dalam komik.stroke aku pada masa tu tertumpu plak stroke macam AiE maklum lah masa tu aku takde identiti lagi dengan stroke lukisan aku sendiri.yang aku tau masa tu,tiru je stroke lukisan orang.bila pada masa tu lukisan lelaki dengan dagu besar segiempat memang orang cukup suka sampai banyak sangat tempahan lukisan aku dapat semata-mata suruh lukis gambar sahak blues untuk aku(masa tu memang 'menjana' ekonomi betul).tapi apa yang aku nk bgtau kat sini,karya Aie betul-betul terkesan dalam diri aku baik dari segi penceritaan mahupun stroke lukisan.

selang tak berapa lama lepas tu,aku mula cuba buat stroke aku sendiri.biarpun nampak tak lawa,tak superb macam mike mignola(cheh,karya aku jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan karya artis antarabangsa seperti beliau, biarpun tak seteliti alex ross tapi aku bangga sebab aku punya identiti sendiri dalam menghasilkan sesuatu biarpun takde orang nak baca tapi artwork yang aku buat ni boleh aku bagi kat anak aku.biar dia baca,bawak pegi sekolah bila dia besar kelak.heh

ada sebuah hikayat cerita zaman sekolah dulu-dulu yang aku buat tapi haram tak habis.aku cuba nak habiskan tapi kenapa entah macam ada suatu kuasa mistik yang mengganggu kosentrasi dikala bulan mengambang.bila aku cakap macam tu selalunya aku akan ditemplak balik oleh isteri aku.dia kata,

" cheh,kuasa mistik konon...?pigidahhhh..kalau dah malas nak buat tu,cakap aje lah malas..! "

sekarang baru aku tahu,kuasa mistik yang mengganggu hidup aku ni sebenarnya adalah rasa malas.cilake punye malas,kenapalah ko nak bertapak dalam diri aku,?tengok,sekarang kan aku dah malas!!aku malas nak baca buku..!hishhh,malas ni pegi la sane!!

stroke aku sekarang...








peperiksaan yang bakal bertandang..

sebenarnya aku masih ada lagi lebih kurang 100 jam untuk aku terus selak dan membaca isi-isi penting yang terkandung dalam buku peraturan dan perintah am kerajaan sebelum aku menghadapi peperiksaan yang aku rasa agak getir lebih getir dari soalan SPM(bagi aku laa). sebenarnya aku bukannya baca sangat pun tapi urusan kat pejabat sedikit sebanyak membantu aku untuk menjawab soalan-soalan ni nanti. rasanya macm tak confident.tapi kawan-kawan cakap..

" soalan exam JPA?peh,weh ko tak payah baca buku pun boleh jawab la..senang je..soalan ABC maa,baling dadu pun boleh jawab...!"

ada pulak yang berkata,

" ko jangan risau la,yang datang tu nanti semuanya same macam ko..ko tahu tak,masa exam ni la ramai pegawai kerajaan dapat jodoh.sebab masa ni berduyun-duyun awek cun datang amik exam..hahaaa..."

cakap ni takleh pakai.aku datang nak jawab exam lagipun aku dah kawen.aku sebenarnya bukan nak dabik dada sebab aku ni memang suka dengan cabaran tapi cabaran nak menjawab exam ni aku rasa agak susah la walaupun aku tahu orang selalu cakap kalau baca buku mesti boleh jawab punya.aku berharap sangat la soalan yang bakal keluar ni nanti aku boleh jawab dan boleh sah jawatan dengan cepat.nanti boleh keluarkan duit KWSP,buat beli tanah ke beli umah ke...aduyai,nak menanti sah jawatan sebagai pegawai kerajaan ni sungguh susah(bagi aku).nanti kalau aku dah konfem boleh la aku plak cakap kat orang baru apa yang orang lama ni cakap kat aku..hahaaaaa..

dulu dah elok eje kat UTMiC, lepas tu gatal miang keladi pegi join keje dengan kementerian plak.dulu dah nak konfem dah...hihiiii...takpelah, kita usaha lagi sekali.tak rugi pun kalau baca buku banyak-banyak kali.ilmu yang ada ni boleh dikongsikan dengan kawan-kawan kalau berlaku sesuatu isu dalam pekerjaan.cuma satu je la harapan aku yang setinggi gunung ledang yang mana puteri gunung ledang nak kan jambatan emas dari melaka ke puncak gunung.laluan yang ada ni dah elok cuma nak mencapai ke puncak tu mungkin akan mengambil sedikit masa, biarpun beronak duri tapi setiap yang payah tu akan datang hasil yang terbaik selari dengan usaha yang kita buat.

kena tunggulah apa yang berlaku pada 16 may ni,doakanla aku berjaya jawab exam ni ye.soalan ni mungkin mudah bagi mereka yang baca, dan mungkin mudah bagi mereka yang meniru masa peperiksaan ni nanti.harap-harap Allah swt permudahkanlah jalan aku.

amin....



i can speak english like you....

10 may 2012
16:50 pm
dalam gerabak LRT ke sri petaling.

macam biasa hari tu aku balik on time macam selalu.tepat 16:30 aku dah terpacak depan pintu nak punch out on time. dan dengan langkah yang agak besar,aku membelah jalan raya tun ismail menuju ke stesen LRT yang menjadi medan pertarungan tiap hari aku berhimpit dan bersesak sama-sama dengan mereka-mereka yang malas memandu sendiri ke tempat kerja untuk mengelakkan kesesakan jalanraya yang sungguh menyayat hati. Port aku memang macam biasa la gerabak yang terakhir, kat situ orang tak ramai sangat dan bila berada dalam gerabak yang terakhir tu selalunya mata dan iman aku terpelihara daripada menonton dan melihat samaada secara sukarela atau terpaksa ke arah wanita-wanita yang memakai baju tapi seolah-olah telanjang didalam gerabak. Selalunya gerabak yang kat tengah-tengah memanglah port yang sesuai untuk kaki-kaki skodeng menonton secara sukarela bagi aksi-aksi tersebut.
seat kat depan aku ada 2 orang mat saleh yang aku rasa datangnya dari britain(aku dapat cam dari loghat english yang diorang tuturkan) dan kat sebelah diorang tu plak terduduknya 3 orang budak kolej berbaju biru yang mana pada baju diorang tertera nama SEGI College yang aku andaikan diorang ni mungkin pelajar dari kolej tersebut.
sedang aku duduk memerhati gelagat orang dalam gerabak tiba-tiba aku terdengar yang mat saleh ni dok tanya kat student kolej ni..

" what time really now..?",soal mamat saleh yang dok betul-betul depan aku kepada budak kolej SEGI.

" hah,what..?",budak ni tanya balik sambil buka headphone dia kat telinga.

" what time exactly right now..?",soal omputih lagi sekali.

sambil belek jam kat tangan dan membelek jam yang tertera dalam telefon (yang aku rasa agak canggih jugak la daripada telefon aku),lalu dengan selamba dia berkata,

" err,i think the time is wrong time right now....",sambil dia menunjukkan kat mat saleh tu jam tangan dan telefon dia yang mempunyai masa yang berbeza.

apalagi, merah padam la muka mat saleh tu,aku ingat dia nak marah sebab main-mainkan diorang tapi rupa-rupanya muka merah diorang sebab diorang dok tahan ketawa dengan gelagat mamat SEGI college tu. aku yang dok kat depan diorang ni pun macam nak pecah perut ketawa.syial punye budak wat lawak dalam LRT...

At last, pelancong tu turun kat stesen Hang Tuah pergi dan bergerak lalu hilang dalam ramai-ramai kelompok umat manusia. aku dengan budak kolej tu terus setia berada dalam tren hinggalah sampai ke destinasi yang dituju..




.

adios..

08 May 2012

pasukan biru yang layan blues

demam BPL tak habis lagi,berbakul-bakul kata-kata kutuk yang aku dapat sebab aku antara fan sebuah kelab bola sepak inggeris yang berkaler biru.buat fan merah yang pakai logo keje bank tu jangan le hangin bila team anda kecundang di aksi final FA cup dengan mengutuk mengeji dan mencaci orang lain..tak pasal-pasal je korang dapat dosa kering.. tapi buat fan setan merah,nape plak nak membakar kalori dengan same-same kutuk team yang menang..?

heran jugak sebab team setan merah tak masuk pun final FA cup apatah lagi final UCL cup...biarpun dok kat tangga keenam kira okey la dapat main kat final champion league daripada dok kat tangga teratas liga tapi satu piala pun lom dakap lagi..aku cakap ni general, sape yang terasa pedas dia la yang makan cili..huhu.. berkenaan dengan kedudukan pengurus pasukan biru, aku rasa aku takde hak nak menilai dia sebab aku bukannya ada degree dalam kejurulatihan pun.aku cuma peminat pasukan biru ni, yang berhak menilai adalah pemain-pemain pasukan biru, owner kepada pasukan biru dan barisan board of director yakni pemegang saham syer dalam kelab..sebagai peminat, aku tetap sokong walau siapa pun pengurus kelab..walau jatuh ditangga tercorot sekalipun aku tetap dengan pasukan biru ni..biar la apa yang fan team lain cakap pun,bukan aku nak amik kisah..takde kena-menegena dengan hidup aku pun kalau diorang nak kutuk berbakul-bakul sekalipun sebab lagi diorang kutuk lagi banyak pahala aku dapat..thats is da point kenapa aku malas nak balas kata-kata cemuh dari fan team lain..heh.

team yang segar meningkat naik manchester city pun tak kurang hebat, pantas mendaki puncak liga dengan moral pemain dan pengurus yang dahagakan kejayaan kelab untuk merangkul piala liga. kali terakhir manchester rangkul juara liga pada 44 tahun yang lalu.amat panjang masa tu untuk diorang bina keyakinan untuk terus bersaing walaupun dihambat rapat dengan kelab setempat manchester united. manchester united pun nampak agak terdesak sebab tahun 2012 ni akan jadi tahun yang paling memalukan buat kelab elit terbesar tu seandainya team terdesak ini tak menang apa-apa kejuaraan pun. player manchester united sendiri yang cakap, " memalukan bagi kelab seperti kami jika tidak memenangi sebarang trophy pada musim ini...",Nani (pemain tengah manchester united).

aku tumpang kesian la buat player united, ferguson dan peminat kemaruk manchester united yang takleh terima hakikat kalah.kesian kat uols... tapi takpe,berbaki lagi satu perlawanan mana tahu QPR tiba-tiba menang ke lawan dengan manchester city,untung-untung dapat le united satu trofi liga untuk dibanggakan dalam bilik persalinan nnti.

samad derhaka: tertanya jugak kenapa tak dimasukkan RAMLI dalam kesebelasan utama manchester masa lawan dengan manchester city aritu..keh3

12 April 2012

gigi kapak

aku burung didalam sangkar hidup terkurung hatiku susah ingin aku terbang bebas berkawan-kawan tinggi di awan. rasanya aku belajar dan nyanyikan lagu ni masa darjah 6 hijau dulu dalam kelas pendidikan muzik. Malam tadi masa tengah tolong wife aku buat assignment muzik, dia mintak tolong aku carikan lagu kana-kanak sekolah. google punya google akhirnya terjumpa pulak dengan lagu ni. masa lagu ni tengah play, aku pejamkan mata ni dan aku nampak diri aku sendiri masa aku berumur 12 tahun. dengan baju sekolah putih long sleeve, bertali leher hijau (maklum la aku ni pustakawan), dengan kasut bata berdiri tegak bersama kawan-kawan sekelas yang lain atas kerusi panjang kantin sekolah dalam dewan besar sambil menyanyikan koir lagu ni dibawah bimbingan cikgu shafie yang dok main piano. sedang leka aku pejam mata,dok sengih-sengih sendirian, tiba-tiba dahi aku kena baling dengan henfon,terus terbukak mata aku,hilang terus khayalan tadi dan terhenti lamunan aku bia tengok harith tersengih menampakkan gigi kapak 2 batang dok ajak main kejar-kejar. tapi aku buat derk je..melihatkan reaksi aku yang buat tak tahu tu, dia menjuihkan bibir dia kedepan sambil gapai henfon tu semula dan cuba melemparkan sekali lagi kat aku, kali ni aku sempat mengelak dan aku ketawa, " heheheheheheeehhhhh....!" melihatkan skill aku sempat mengelak, harith tak puas hati.dia merangkak laju-laju, dia gapai henfon semula dan sekali lagi dia lempar henfon. dankali ini aku tak sempat mengelak, lemparan harith tepat kena kat pipi aku yang gebu ni..tak cukup dengan itu,kuku jari hantu aku ni digigit tak lepas-lepas biarpun aku merayu kat dia supaya lepaskan gigitan yang macam sumpah-sumpah tu. sakitnya masa tu cuma tuhan je yang tahu.... harith ketawa ,seronok dia tengok aku terguling-guling pegang kuku yang dah naik lebam biru yang dia gigit tadi. melhatkan dia ketawa, merangkak melarikan diri pegi kat ummi dia macam anak kucing membuatkan aku tersebyum sendiri. dialah madu, racun penawar hidup aku dengan isteri. hilai tawa dan tangisan dia buatkan suasana mahligai ni makin berseri.syukur, alhamdulillah. samad_torpedo : bila entah harith nak dapat adik..hehehheeee

23 March 2012

tOON aTTACK


sebenarnya hari ini kat opis agak busy sket mengenas opis memandangkan pertandingan opis tercantik dan terbaik bakal diadili pada hari isnin ni. sehubungan dengan itu, kawan-kawan dan aku bertungkus-lumus meng'indah'kan Floor tingkat 15 dengan keadaan penuh berwarna-warni. kerja aku tak banyak sangat (sebab aku dianugerahkan kerja untuk bahagian design/tacap-tacap sket).hahahaa...
dalam dok kemas-kemas barang yang ada dalam laci aku, terperasan pulak satu karya lama yang mula-mula sekali kuar dalam satu megazine. megazine yang agak famous dalam ruangan pencarian bakat baru "toon attack".. aku tatap dengan penuh misteri yang mana harapan suatu masa dulu nak jadi seorang artist tak kesampaian disebabkan kekangan yang macam-macam dari segenap penjuru alam yang terus menjerumuskan aku ke dalam gaung bidang kejuruteraan elektrik.
harapan menggunung untuk menjadi artist terkubur disitu buat masa itu. tapi, dengan terjumpanya artwork yang aku anggap masterpiece(masterpiece la sangat!) ini, aku mula memasang semula angan-angan aku untuk menjadi seorang artist..bukan untuk glamour tapi untuk cari duit lebih..ya,duit lebih melalui lukisan...dan aku mula mencari semula skrip-skrip lama yang penah aku hasilkan dulu untuk aku buat draf, sketching dan execute ke inking...ohh, teruja rasanya..hahaaa.....
tapi dengan adanya kerja kat opis ni sempat ke aku nak melukis lagi..? hmmm..

20 March 2012

bila izrail datang memanggil.....



mati, meninggal dunia, mampos, passed away, die semua adalah frasa yang sama membawa maksud roh meninggalkan badan. tapi tahukah anda macam mana rasanya mati..?bersediakah anda untuk merasai betapa sakitnya mati, betapa azabnya ketika malaikat izrail a.s menarik nyawa kita..?pernah tak tuan-tuan picit semut yang menghurung makanan kita diatas meja di bawah tudung saji yang cantik tu..?pada pendapat tuan-tuan la kan semut tu akan rasa sakit tak bila tuan-tuanpicit mereka sampai lumat..? Tuan-tuan tak penah terpikir pun tentang tu kan..?untuk merasai sedikit nikmat bagaimana rasanya mati dipicit, cuba tuan-tuan picit kuku anak jari tuan-tuan..picit sehingga sakit sekuat-kuat hati tuan-tuan...haaa,picit lagi kuat-kuat..lagiiii....sakiiit tak tuan-tuan..?baru kena picit macam tu tuan-tuan dah tak tahan sakit, yang semut tu tuan-tuan dok picit sampai lumat tu macam manalah agaknya rasa sakitnya kan tuan-tuan..?

~ sekadar mengingatkan diri kita semua tentang azabnya mati ~