10 November 2011

kedai 1malaysia..?hallaaamakk..

arini ari jumaat..ari jumaat yang mulia,penghulu segala hari..sebelum pegi semayang jumaat tadi,aku ikut member (yang pangkatnya agak tinggi daripada aku) makan kat kedai 1malaysia yang digembar-gemburkan media sebagai kedai yang murah dan harga berpatutan..aku dengan rasa senang hati,follow je belakang member aku ni sebab masa dalam lif tadi dia kata,

" huishh..kalau makan kat kedai 1malaysia ni murahhhhh..nasi putih+lauk ayam+air sirap baru RM3...jom makan sane laa.."

aku yang takde pengalaman makan tengah hari kat kedai 1malaysia ni pun tersenyum sengih macam kerang busuk dan 100% percaya dengan apa yang member aku ni cakap dan dalam otak aku masa tu terbayang aneka juadah lauk yang sedap-sedap beserta air sirap yang merah manis seperti air sirap kenduri kawen yang biasa aku penah minum kat umah-umah kenduri orang kawen.

sampai je kat kedai tu aku tengok ramai orang beratur panjang,dalam hati aku kata

"kedai memang masak sedap ni sebab tu ramai orang datang sini.memang bertuah aku arini sebab makan kat kedai murah..".

aku tengok lauk leh tahan dan memandangkan aku baru teringat yang wallet aku tertinggal kat dalam drawer kat opis.aku amik keputusan nak makan lauk paling murah..time aku amik nasi putih+ikan talapia+kuah sikit-sikit+air suam..lepas amik lauk tu aku pegi kat kaunter,dengan selamab dia tulis kat atas kertas tu yang diorang anggap macam resit RM5 untuk nasi putih+ikan talapia+air suam..terkejut aku.....kalau lauk ayam tu kira possible la gak harga RM5..ini ikan talapia je pun,nasi bukan banyak mana pun,air pun air suam je pun..silabau btul..media kata murah?wallawehhhhssshh..aku rasa lau lauk kat pasar malam lagi murah tau..setakat nasi putih+ikan talapia+air suam=RM2.80 kat shah alam..

masa semayang jumaat pun otak aku tak fokus,abis solat jumaat aku tak khusyuk mengenangkan arini aku tertipu di kedai 1malaysia..untuk menyedapkan hati, aku cuma fikirkan mungkin kat kedai 1malaysia ini saja kot yang buat perangai macam tu..

bukan nak kondem,tapi sebagai rakyat sepatutnya harga tu biar la munasabah dengan lauk yang diambil..asik kena tipu je dengan iklan dan banner yang besar-besar tu....


moral:pasni nak makan kat kedai warung bawah pokok kat chowkit..