12 December 2012

hormon cikedukedu

Peh,rasanya macam lama sangat tak update blog yang merapu ni. Hi hi hi..
Hari ni semangat aku berkobar-kobar nak ke tempat kerja. Semangat yang lain dari hari-hari sebelum ni. Betapa awalnya aku bangun, betapa constant nya aku memandu dan betapa patuhnya aku pada undang-undang jalan raya(yang mana sebelum ni aku cukup hilang sabar bila ada kete lain ajak aku race kat highway)..ha ha ha..
Dan, hari ini bukanlah hari yang istimewa sangat pun tapi aku tak tahu kenapa aku rasa cukup bersemangat untuk melangkah ke tempat kerja.dan aku masih tertanya-tanya mungkinkah semangat ini tadi kian membara apabila melihat wajah isteri dan anakanda yang sedang nyenyak tidur membuatkan satu perasaan rasa tanggungjawab yang maha berat terpikul atas bahu lalu membuatkan paras hormon cikedukedu aku meningkat ke tahap yang membataskan aura seorang adiwira bernama ironman.
Dalam perjalanan ke office tadi, aku terasa bagai banyak pasang mata memandang aku. Mungkin perasaan aku aje sebab untuk pertama kalinya aku melangkah di waktu pagi untuk pergi kerja dengan memakai selipar sebelah lain dan sebelah lagi selipar lain. Tapi itu bukan masalah besar bagi aku sebab sebelum ni aku pernah menghadapi saat yang paling tak best daripada memakai selipar lain-lain sebelah ni.hu hu hu.
Berbalik kepada semangat berkobar-kobar nak dating ke tempat kerja hari ni, kawan aku kata kalau pergi ke suatu tempat dengan semangat berkobar-kobar disusuli dengan keyakinan yang jitu-jitu gitu segala kerja tu akan mendatangkan hasil. Ini yang tengah aku buat sekarang ni. Tapi aku tak tahulah nanti, namun sedikit sebanyak jika difikirkan secara psychology aku tak ada sifat menyembunyi atau hipokrit tentang diri aku, itulah yang benar-benar aku harapkan.
Sampai kat office agak awal dari biasa. Buka je pintu office aku tengok office aku terang benderang dengan cahaya lampu pendarflour PHILIPS 16W menerjah ke alam mata. Semangat aku makin menebal, makin kuat rasanya hati ni nak bekerja dan terus menabur jasa kepada rakyat.
Dengan senyuman yang lebar, aku switch ON komputer..aku sabar menanti komputer aku beroperasi. Aku tengok pada desktop komputer tertera wajah anakanda, pergghhh..makin bersemangat aku nak mencari rezeki demi keluarga yang tercinta. Lalu aku gerakkan mouse ke kiri dan ke kanan mencari browser google chrome pada desktop lalu aku klik dengan penuh keyakinan. KLIk!KLIK!
Browser google chrome sedang beroperasi..aku tunggu…aku tunggu dengan penuh rasa hormat dan bersemangat…
Kini dah hampir 15 minit aku tunggu tapi browser google masih lagi mencari..aku masih lagi tersenyum tapi dah tak Nampak gigi macam awal-awal tadi. Setengah jam berlalu, dari google aku klik pulak ke internet explorer, hasil natijahnya tetap sama. Loading lama…..kesabaran aku mula teruji, senyuman aku yang meleret tadi dah bertukar menjadi senyuman mencirit. Semangat aku yang tadinya berkobar-kobar dah mula jadi suam-suam gebar.
Aku mula gelisah, aku mula pasrah kerana apa yang harapkan, apa yang aku rancangkan untuk kerja hari ni semuanya terbantut. Daripada ayat-ayat pujian perrrgghhhh kini apa yang keluar dari mulut aku cuma eerrgghhhhhh..

“krrriiingggg…krrringggg….”,telefon pejabat aku berdering



“nan, internet tak boleh masuk kan..?”, suara seorang sahabat dari tingkat 29.

“la ye ker internet tak leh masuk?adoooiiii…”, aku mengeluh sebab dari tadi aku try-try tak boleh launch internet.

“hoh laaa….moh naik tingkat 29 ni, main PS2 PES 2012.. dok depan komputer bukan boleh buat kerja pun..meh laa..ramai dah tunggu ko ni….”,ayat pancing dari dia nak ajak bertarung.

Kini aku mula kembali bersemangat. Bukan semangat nak bekerja tapi aku makin bersemangat nak main PS2 game bola sepak . Semoga perjuangan aku hari ni diberkati..amin… hi hi hi

No comments: