19 May 2012
ibarat seperti bulu hidung tanpa hidung
Hidup tanpa ilmu adalah ibarat seperti bulu hidung tanpa hidung, justeru itu amat penting bagi orang macam saya, macam cik adik tu, macam encik-encik dan tuan puan sekalian untuk mencari ilmu walau dimana pun kita berada. Ilmu yang bermanfaat membawa ke syurga,tuan-tuan….
Ilmu yang bermanfaat bagus kalau kita ajarkan kepada orang lain yang mana pahalanya kita akan dapat berterusan walaupun kita dah mati. Tapi kalau ilmu yang membawa kerosakan keatas diri orang lain atau membawa kemusnahan kepada sesebuah tamadun, tak payah la kita ajarkan kepada orang lain.
Kerana setiap kali kita mengajar ilmu yang tak elok tu dan jika ilmu yang tak elok tu diperaktikkan pula oleh orang yang kita ajar tu maka dosa yang berlaku walau sekecil zarah hingga sebesar bangunan burj dubai pun tetap akan dihitungkan dimasa hari akhirat kelak.saham mengajar ilmu yang salah, akan sentiasa bergerak menuju ke kubur si pengajar (kalau dia dah mati).
Hati aku sentiasa tergerak dan terdorong nak sambung pengajian yang tertangguh. Tapi,semua aku kena ‘tahan’ dulu sebab ada ‘halangan’ walaupun tak sebesar mana tapi ia mungkin akan memberikan effect jangka masa pendek. Teringin sangat nak sambung belajar macam orang lain yang dah ada diploma, ijazah, wat master…sampai bila aku nak ada kat sini je…?pertanyaan tu sentiasa je ada tertanam dalam benak fikiran aku yang semakin lama semakin tumpul sebab tak digunakan sepenuhnya dengan bidang penguasaan ilmu yang bermanfaat.
Masa peluang tu datang, aku tak grab betul-betul…bila peluang tu dah pergi baru aku terhegeh-hegeh nak kejar dia balik..ya,Allah, hamba-Mu ini sentiasa berada dalam kerugian..berikanlah hamba-Mu ini kerahmatan dan rezeki yang melimpahruah wahai tuhan sekalian alam…hamba-Mu ini sentiasa berada dalam permainan musuhnya yang nyata tapi hamba-Mu ini memohon kepada Kau supaya diberikan kekuatan iman dan ihsan dalam mengharungi hidupnya yang tak berapa panjang lagi ni, Ya Allah……………..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment