20 May 2012
from caretaker to history maker
CHELSEA muncul juara kejohanan Liga Juara-juara dengan menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi tendangan penalti.Juara ditentukan menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 120 minit perlawanan.Dalam perlawanan penuh dramatik, yang berlangsung di tempat sendiri - di Munich, Jerman, Bayern Munich kelihatan hampir menjuarai kejohanan apabila Thomas Mueller menjaringkan gol pada minit ke-83.Bagaimanapun permainan diteruskan ke masa tambahan ekoran gol Didier Drogba pada minit ke-88 dan Chelsea dari England muncul juara.
Pada mulanya aku sendiri tak yakin yang Chelsea menang malam tu sebab bila team bayern munich mula 'score' pada minit ke-83 tu seolah-olah pintu untuk bergelar juara UCL tu dah tertutup. Aku pun dengan kecewa dan sedihnya terus off kan media tontonan bola sepak tu dan terus berdoa supaya drogba dapat menjaringkan gol penting bagi mengikat kedudukan supaya permainan dapat dibawa ke masa tambahan. Akhirnya, aku terlelap disamping isteri dan anak tersayang.
Dalam tidur masa tu aku termimpi yang mengatakan Chelsea menang 4-2 dengan bayern munich. aku terus tersedar dan bangun dari tidur. Aku perhatikan tepat ke wajah anak aku, kemudian aku renung wajah isteri aku yang sedang nyenyak tidur. Aku tengok jam dah pukul 6.45 pagi, aku terus bangun menuju je bilik air untuk berwuduk dan seterusnya menunaikan solat subuh. Selesai solat,aku kejutkan isteri aku untuk solat subuh. Sedang isteri aku solat subuh, aku bergilir jaga anak aku yang nyenyak tidur berdengkur.heh..
sedang dia berdengkur, aku oN laptop nak melihat apa keputusan game antara bayern munich dengan chelsea malam tadi.bila melihatkan keputusan tu aku rasa agak terkejut sebab diberitakan yang chelsea menang game tersebut dengan sepakan penalti 4-3. dan, gol penyamaan chelsea di'hadiahkan' oleh didier drogba pada minit ke-88. dan sepakan penalti yang diambil oleh arjen robben dapat diselamatkan oleh petr cecH sekaligus mematikan moral pasukan bayern munich.mungkin itu sepakan penalti terakhir yang diambil oleh Robben.hahahahaaaaaa...
Biar apa pun skrip kat atas padang, biarpun pasukan bayern munich dilanda kekecewaan besar dalam sejarah mereka tapi pada pandangan aku game ini adalah game yang terbaik. biarpun satu pasukan dengan corak menyerang, satu pasukan lagi dengan gaya taktikal bertahan tetapi kedua-duanya pun mengamalkan formation yang sama 4-5-1. Tahniah buat juara dan naib juara Ueropean Champion League.
Kejayaan sulung Chelsea di pentas eropah ni seharusnya diberikan sekalung ucapan tahniah besar-besaran kepada Roberto Di matteo sebenarnya kerana berjaya mengemudi skuad yang pada awalnya timbul tenggelam kepada pasukan yang berjaya menjulang trophy dan memagut hadiah termahal dalam sejarah bola sepak eropah.From caretaker to history-maker, Di Matteo's Champions League miracle seals legend but not necessarily the Chelsea hot-seat.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment