21 October 2008

mari bercerita.. episode 2

ini adalah sebuah cerita. cerita benar yang diolah, diadun dan ditokok tambah dengan sebati hingga cerita ini menjadi sebuah cerita yang karut. selamat membaca.. hi hi..

10:00 am
rumah sewa aku..

aku terlentang atas katil sambil aku peluk bantal busuk besar kaler biru.badan aku berjangkit penyakit 3L,masih lagi letih,lemah dan lesu.apalah nak jadi..?semalam,janji dengan budak chatting nak jumpa tapi benda lain yg aku 'jumpa'.aku merasakan yang aku ni betul-betul mcm sentul.patut la kawan-kawan aku cakap, chatting ni tak bagus. memang ternyata sangat keburukannya. setelah puas berhempas pulas berfikir,akhirnya aku tertidor(lagi)..

14:30 pm

aku sedar-sedar jam matahari dah terik,panas giler..tidor tak bukak kipas..aku tanggal pakaian,pakai towel terus pegi mandi.curahan air yg dingin menyegarkan kembali badan aku yg longlai ni.aku biarkan air terus membasahi tubuh.

"air", dah lama aku tak membasahkan tubuhku dgn wudhuk.dah terlalu lama diri aku tak sujud pada Dia Yang Maha Berhak. terasa hina bagi insan sekerdil ini memiliki segala nikmatMu,ya Allah. sedangkan aku jarang sekali sujud pada-Mu.

"Ya,Allah..teguhkanlah imanku,kuatkanlah hatiku.kurniakan lah kepadaku hidayah-Mu.jauhilah aku dari larangan-Mu.dekatkan lah aku dengan suruhan-Mu.tanamkanlah rasa benci ku kepada maksiat,tanamkanlah rasa cinta hatiku kepada ibadat..amin,ya rabbal a'lamin.."

selesai solat aku duduk berteleku bersandar kat dinding.

"assalamualaikum..."

suara asheed bagi salam.Asheed member serumah aku,anak orang berada tapi lebih suke pilih life sendiri tanpa bergantung dgn orang tua.Dia banyak harta,tapi tak kedekut..

"waalaikumsalam,masuk la bai..aku tak lock pintu tu..",aku jawab.

"aiii,bagus la ko dah jumpa tikar semayang..",asheed bersuara perli aku dan seraya duduk bersila kat sebelah aku. aiseymen,aku rasa mesti dia nak bersyarah kat aku ni.

"anoy,kita ni hidup sementara aje..",itulah ayat mukadimah asheed..

memang tepat jangkaan aku.abis solat,aku duduk mendengar nasihat asheed.yang sebenarnya aku lebih banyak angguk dari geleng,sebab aku rasa apa yang asheed cakap tak dapat aku nak paham...
fikiran aku lebih tertumpu pada hari esok dimana aku terpaksa berdepan dengan 'ramai orang'..aduuuhhhh...
orang selalu cakap,no women,no cry.tapi,aku rasa salah apa yang diorang fikir tu.bukan setakat manusia biasa,nabi pun sunyi kalau takder perempuan.kesepian aku mendambakan aku sebuah cinta.perasaan ingin dibelai semakin memuncak,seperti aku tengah kemaruk..

end of episode 2

besambung..

2 comments:

kelipan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SWaRaKasEh said...

waiting 4 new n3