13 October 2008

mari bercerita..

(ini adalah sebuah cerita. cerita benar yang diolah, diadun dan ditokok tambah dengan sebati hingga cerita ini menjadi sebuah cerita karut tak masuk dek akal. selamat membaca.. hi hi..)

Hari makin gelap.jam dah hampir pukul 11.30 malam.keadaan sekitar mula lengang, cuma sorang dua aje yang mungkin pelanggan terakhir restaurant itu yg masih kelihatan. biasanya pukul 12.00 tengah malam,kelihatan pekerja-pekerja restaurant mula berkemas. namun orang yang aku tunggu masih lagi belum kelihatan.

"huarrgghh....!!"

masuk kali ni dah 10 kali aku menguap dalam tempoh masa 1 minit.terasa mata pun dah makin layu,sesekali anak mata coklat ni mengerling jam di tangan dan setiap kali aku melihat waktu jam di tangan,mulut aku mengomel-ngomel bertanya bila dia nak sampai..? penat berdiri,aku duduk kat kaki lima.bosan berbuat begitu,aku bangkit menyalakan sebatang rokok yang aku rasakan ia adalah rokok aku yg terakhir mlm ni sebelum aku berhenti sepenuhnya nanti.aku berjalan kehulu kehilir.lama-lama aku dah tak larat.badan aku pun dah makin letih menunggu lama.aku bersandar lesu dikaki lima restaurant yang dah ditutup tu.



jam 12.30 tgh mlm.tersengguk-sengguk menahan mengantuk.makin berat rasa nak bukak mata ni.dalam antar sedar dengan tidak,hidungku tercium bau haruman semerbak.mata aku bulat,segar.aku tersentak dari mengantuk dan mencari-cari punca dari mana datangnya haruman tu.semakin lama haruman tu semakin menusuk hidung aku..aku mula berfikir yang bukan2,maklum la malam ni malam jumaat..


samar-samar kelihatan sesusuk bayang menuju ke arahku perlahan-lahan.macam melayang je dia bergerak.aku amati susuk tubuh yang semakin dekat tu.bentuk badan boleh tahan,menggiurkan,seksi..namun aku bukan mengamati susuk tubuh tu semata-mata,dan fikiran aku mula fikir lagi yang bukan-bukan..kalau org memang aku sambar bawak balik rumah,tapi kalau hantu,boleh jugak aku mintak nombor ekor..wakakakaka..

sedang aku leka mengatur strategi,tiba-tiba susuk bayang tu dah berlalu jauh didepan aku.hati aku mula berdetak,

"bila masa minah seksi ni lalu depan aku..?"
tiba-tiba dia pusing menghadap aku.walaupun jauh tapi dalam sinar cahaya jelas aku nampak wajahnya yang errr...pandangan aku gelap,gelap dan makin gelap.aku rebah dikaki lima tu dan tak sedarkan diri.yang aku sedar,badan aku digoncang kuat oleh seseorang.aku buka mata perlahan. aku bingkas bangun dan terpinga-pinga melihat dua orang lelaki cina dihadapanku,yang aku teka pemilik kedai snuker ditingkat atas restaurant ini.

"allow,kawan!lu aa lain kali jangan tidor depan wa punya kedai maa.."

salah sorang cina ni mule membebel kat aku.badannya agak gempal,tangan besar bertatu naga.aku tengok pun kecut..

"sory la tauke,gua mana tau maa..malam tadi gua nampak hantu woo..itu pasal wa tidor depan lu punya kedai,thank you aa tauke..",aku memancing sedikit ayat simpati sebelum meninggalkan lokasi.

aku bergegas bangun meninggalkan lelaki cina tadi.diorang memerhatikan aku sambil menggelengkan kepala.aku berjalan balik ke rumah sewa aku..

to be continued....

No comments: