bas..ni la kali pertama aku nai bas dalam tempoh beberapa tahun lepas aku dapat lesen. selalunya kereta aku la yang aku usung ke sana ke mari.nak interview ni,semalam kereta aku buat hal plak.hangin betul la..entah berapa tambang bas ni pun aku tak tahu.kali terakhir aku naik bas ni masa zaman aku sekolah dulu..tapi yang paling best time nak balik ke sekolah teknik taiping dari umah opah aku kat padang rengas..peh,syok giler tengok kampung yang menghijau.. peh,lama jugak la aku tak naik bas..
1130 AM
dalam sebuah syarikat..
"sory akak cantik..err sesi temuduga masih berjalan ke?",aku menggelabah..
"ye,kenapa lambat?".balas akak cantik yg aku kira mungkin setiusaha dalam syarikat tu.
"jalan jem la tadi kak.lagipun tadi saya tolong orang kejar peragut",jawab aku dengan wajah yang separuh konfiden.
"ah,ye la tu...pegilah duduk kat sana tu..",terus akak tu muncungkan bibir dia menunjukkan tempat kat mana aku patut tunggu.
aku terus duduk.kasar betul la minah ni.muka cantik tapi budi bahasa tarak.bukan ke kaum kita kaya dengan amalan berbudi bahasa,mulia dengan adat.kalau bercakap pun biarlah dengan adab baru orang lain respect kat kita.jangan terlalu taksub sangat dengan apa yg kita ada sekarang ni.semua tu pinjaman dari yg maha memberi.
"encik adnan...!",laung sorang pompuan yg agak nyaring suaranya.aku bingkas bangun, masuk ke bilik interview.aik,apasal aku rasa macam sekejap sangat je aku tunggu tadi..?aku harap semuanya berjalan lancar...fuhhh,life goes on..
1540 PM
interview tadi susah giler..aku tak tahu la dapat ker tak keje kat sini.ahh,biar la yg penting aku dah usaha.dah lama aku tak berjalan-jalan kat kolumpo nie.banyak yg dah berubah.rasanya dah 3 tahun aku duduk kat kolumpo ni.dulu masa belajar,masih lagi aku ulang-alik dari kolumpo ke kampung jenguk-jenguk orang tua aku kat kampung,ketika ada lagi hayat diorang.sekarang ni dah tinggal sebatang kara.adik pun dah ada keje kat sini,tanggungjawab aku la jaga dia.lepas la makan pakai dier duduk kat kajang tu.aku pun ok setakat masih lagi bujang ni..alhamdulillah la..menyewa dengan asheed pun dapat la berkongsi sewa rumah.aku bukan la mengharapkan asheed,tapi asheed ni dah banyak tolong aku.kadang-kadang tu dah naik segan aku mintak dia dulukan duit dia untuk bayar sewa rumah.
masa belajar dulu,aku ingat jadi orang yang berkerjaya ni best.nak buat apa pun,ikut suka je.nak pulak bila dah jejak kaki kat kota metropolitan cam kl nie.orang macam robot.kalau dalam dunia ni ada doploh lima jam,memang sibuk je memanjang.entah ada yang ingat,entah ada yang tak ingat pada pegangan kita lima yang satu.itu la hakikat yang kita pura-pura tak sedar.orang muda sebaya lebih kurang sebaya aku ni memang kurang nak bercakap tentang akhirat,dosa pahala(cam ayat sahak blues untuk aku jer..hehe).
tapi,aku ingat lagi..arwah mak pernah pesan,
"kalau dah sampai ajal,sesaat pun tidak akan tertangguh.."
bersambung...
No comments:
Post a Comment