08 December 2008

initial-D ditemani makhluk suram?

pukul 3.30 am aku gerak dari cherating nak balik kl. saja je nak balik malam-malam lepas lepak kat kedai ikan bakar tadi. suasana yang agak tenang, baru le rasa best sikit drive laju-laju macam initial-D..keh..keh.aku rasa takde barang apa yang aku tinggal kt chalet cherating tu.rasa sayu la pulak nak tinggalkan cherating ni. dari jalan kampung aku terus pecut kereta aku ke highway LPT.start keluar dari kuantan masuk highway aku rasa smooth.bawak pun rilex jer time tu.sampai la kat area highway karak,aku rasa kereta aku berat sangat..dah change gear pun aku rasa macam susah kereta aku nak pegi, aku dah rasa semacam.tapi aku cakap dalam hati yang tak akan ada apa perkara tak best berlaku.

Daripada dok layan hati yang makin tak sedap,aku nyanyi la lagu yang tengah on air kat radio time tu,lagu Cindai. Lepas abis lagu Cindai, diputarkannya pulak lagu Pontianak versi XPDC.aduyaii, juruhebah radio ni pasang lagu pontianak time aku tengah drive sekarang..masa tu memang aku dah kalut. bukan takut kat hantu tapi risau kalau benda tu sergah aku masa aku tengah layan corner kat highway karak tu,mesti aku terkejut punya. lagipun kat situ dah la banyak corner lipat..anyway,masa dalam beberapa kilometer nak sampai kat terowong karak, aku rasa kereta aku dah makin ringan sikit daripada awal-awal tadi,aku terus pecut la..dah berapa banyak kali tayar kereta aku menjerit masa corner pun aku dah tak perasan. tapi selalunya aku memang bangga la kalau aku layan lap sambil tayar kereta menjerit macam dalam movie initial-d.

tapi malam tu aku rasa serba tak kene,apasal kereta sebelah sana bagi high beam kat aku,aku pki lampu rendah hapa..?bila sampai dalam terowong hati aku lega sebab tengok banyak cahaya lampu terowong bersinar. tapi, hati aku rasa tak sedap..dalam cahaya terang suasana lampu filamen yang entah berapa watt dalam terowong aku nampak dari cermin pandang belakang,bias-bias kain warna putih melayang dari atas bumbung kereta aku..Makin lama kain tu makin rendah terjurai-jurai kat sebelah luar kiri aku. Aku dengan hati kering dan dengan berani(yang masih ada),aku gagahkan mata tengok kat side mirror sebelah kiri… korang tahu apa yang aku nmpak..? aku nampak pompuan cantik tgh terbang macam dalam citer smallville btul-betul lebih kurang tiga kaki dari kereta aku.

makin lama,pompuan cantik tu terbang makin ‘dekat’ dengan aku dan kali ni dia betul-betul melayang kat tepi tingkap sebelah kiri dan dia pandang aku. Dengan muka dia yang pucat tu,memang tak hilang cantik muka dia. Tapi yang buat aku rasa macam nak pitam, sebelum jalan terowong tu berakhir..dia sempat senyum kat aku dengan menyeringai taring pendek kat kiri kanan bibir dia.. entah berapa banyak air liur aku telan pun tak tahu, bukan sebab stim tengok hantu tapi sebab macam tak percaya+tak tentu arah bila ada pompuan terbang sebelah kereta..

selepas tu,perjalanan aku ke kuala lumpur terasa macam kereta aku melayang je. pikiran aku kosong mungkin sebab terkejut punye pasal kot.. nasib baik la dia tak duduk sebelah aku kat dalam kereta tu..kalau tak, entah apa pulak yang jadi nanti..

No comments: