
sebenarnya hari ini kat opis agak busy sket mengenas opis memandangkan pertandingan opis tercantik dan terbaik bakal diadili pada hari isnin ni. sehubungan dengan itu, kawan-kawan dan aku bertungkus-lumus meng'indah'kan Floor tingkat 15 dengan keadaan penuh berwarna-warni. kerja aku tak banyak sangat (sebab aku dianugerahkan kerja untuk bahagian design/tacap-tacap sket).hahahaa...
dalam dok kemas-kemas barang yang ada dalam laci aku, terperasan pulak satu karya lama yang mula-mula sekali kuar dalam satu megazine. megazine yang agak famous dalam ruangan pencarian bakat baru "toon attack".. aku tatap dengan penuh misteri yang mana harapan suatu masa dulu nak jadi seorang artist tak kesampaian disebabkan kekangan yang macam-macam dari segenap penjuru alam yang terus menjerumuskan aku ke dalam gaung bidang kejuruteraan elektrik.
harapan menggunung untuk menjadi artist terkubur disitu buat masa itu. tapi, dengan terjumpanya artwork yang aku anggap masterpiece(masterpiece la sangat!) ini, aku mula memasang semula angan-angan aku untuk menjadi seorang artist..bukan untuk glamour tapi untuk cari duit lebih..ya,duit lebih melalui lukisan...dan aku mula mencari semula skrip-skrip lama yang penah aku hasilkan dulu untuk aku buat draf, sketching dan execute ke inking...ohh, teruja rasanya..hahaaa.....
tapi dengan adanya kerja kat opis ni sempat ke aku nak melukis lagi..? hmmm..